Tuesday, March 2, 2010

Kisah Teladan : Air mata dan Kasih Sayang Rasulullah s.a.w

Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim

Assalamualaikum w.b.t ,

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..
yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini..
Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan.

.........................................................................................

ermm..lama jua tidakku membawa cerita sejarah..cerita yg memberi kekuatan...
cerita perkongsian..kali ini ingin skali sy berkongsi sebuah cerita kisah teladan..
yg mungkin dapat memberi kita sedikit sebanyak pengertian hidup dimuka bumi ini..
insyaAllah...

marilah kita sama2 menghayati bait2 kisah teladan ini,
"TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH".

----------------------------------------------------------------------

Rasulullah S.A.W telah bersabda,
"Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S.

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

-------------------------------------------------------------------------
nukilan editor:-

kisah ini memberitakan, kasih sayang junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w terhadap umat2nya yg mencintai Allah dan Rasulnya, walaupun sejauh mana kejahatan yg dilakukan kita dimuka bumi ini dgn kembali bertaubat nasuha, yg mana mampu menyelamatkan kita dari siksaan azab neraka nnt. Sayangnya Rasulullah s.a.w kepada kita cukup2 besar...

Subhanallah..Maha Suci Allah...
memberi kita peluang utk mengenali dan mencintai Rasulullah s.a.w.

Apapun bersangka baik pada mereka yg berbuat kesalahan dan kejahatan
seperti yg pernah dikabarkan kepadaku sebelum ini melalui nasihat Syeikh Abdul
Kadir Al-Jalani yg akan ku kongsikan antara 2 perkara yg pernah diceritakan beliau
iaitu :-

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya, padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

dan

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

semoga kita istiqamah dalam perjuangan ini..
dan semoga kita mendapat cahaya petunjuk taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t.

Wallahu'alam...sekadar berkongsi bersama...

source : Kisah Teladan
edited by : Haniff

2 comments:

  1. Salam..
    Selawat dn salam buat junjungan besar, Muhammad b. Abdullah..

    Subhanallah.. Jzkk ats peringatan =)

    ReplyDelete
  2. to: slave of Almighty

    Waalaikumsalam..

    ..(^_^)..
    syukran atas kesudian akhi bertandang
    disini ye...
    iyep..mudah2an kita bersama2 sentiasa
    berselawat ke atas junjungan besar Nabi s.a.w. dan segalanya..

    mudah2an..afwan ya akhi...=)

    ReplyDelete