Thursday, February 18, 2010

UntukMu Muslimah

"UntukMu Muslimah"


Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim

Assalamualaikum w.b.t ,

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..
yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini..
Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan.

...............................................................................................................................................................

Dikala saat menghitung perjalanan kehidupan ini, masih jua sempat mencoretkan coretan dan cebisan perkongsian disini..indah, sungguh indah kehidupan ini,

Jika kita menyusun dan membentuk diri dgn corak keislaman itu sendiri...hehe
(cewahh..nak cube buat ayat yg menarik..xyah la kan..huhu). (^_^).

ermm...tajuk "UntukMu Muslimah", cukup sinonim dgn wanita solehah..

Alangkah bertuahnya diri ini,dapat bersua dan bersama didalam dunia mereka..
apapun orang yang hebat akan bersama2 dgn orang yang hebat kan...

InsyaAllah, bagi lelaki diluar sana, jika kita menjadikan diri orang yang sesebaik mungkin akan ketemui orang yang sesebaik mungkin jua..begitu jua wanita dan srikandi islam kat sne tue ye..xpun yg tgh baca disini..hehe (mcm tau2 jer...huhu).

Ok la,tanpa membuang masa,ingin skali daku kongsikan artikel yg menarik.

==============================================================

"UntukMu Muslimah"



Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

===========================

Dalam kelembutanmu kuntuman bunga yang indah,
yang dihiasi lingkaran onak duri yang menajam,
menjadi ketegasan yang tidak tergugah,

Dalam penuh rasa malumu dilangkah kehidupan,
tapi alunan suaramu menggegar dunia,

Disebalik lembut, licin halus jari-jemarimu,
tergenggam utuh janji setia.

Wahai srikandi islam,
Engkaulah mujahidah islam,
Engkaulah bidadari syurga,
Engkau tambat hati pada Yang Esa.


============================

rujukan :-
  • Riwayat Bidadari Syurga-Munif Ahmad.
  • ((Tmn2Syurga)) Pesanan Untuk Muslimah.
Editor :-
  • mranip1086 (Haniff)

13 comments:

  1. boleh jadikan panduan bila nak kawen nnt.. ^^

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah ye icejuliette..hehe

    wahh..bukan main ye..
    insyaAllah..bukan panduan jer..
    mesti diikuti tau..huhu..

    apapun ceria2 slalu..

    ReplyDelete
  3. salaam~

    thanks for sharing this!

    barakallahufikum~

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ya Akhi..
    Kaifahal?
    Alhamdulillah tajuk dan isi yg sungguh menarik..


    Dirimu bak kasturi yang mewangi
    harumannya bergentayangan di persada bakti
    menjadi kebanggaan para suami
    yang sanggup membela pengorbanan isteri.

    Dalam erat ketaatanmu kepada Ilahi
    dalam rapat ikutanmu kepada Nabi
    kau sentiasa memakai jilbab menutupi diri
    supaya menjadi muslimah yang sejati.

    Teladanilah peribadi Ummul Mukminin
    mereka memiliki khazanah watak menakjubkan
    pakailah mereka sebagai tudung ikutan
    yang menutupi aurat keluhuran.

    Sedarilah wahai para srikandi
    dirimu telah dibela Nabi
    indahkanlah dirimu dengan iman di hati
    pesonakanlah dirimu dengan taqwa di sanubari.

    Dunia ini umpama lautan perhiasan yang indah
    sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah
    yang telah terpateri jiwa ilmu dan mahabbah
    kaulah sesungguhnya insan bernama wanita solehah.

    Don't give up utk mencarinya..huhu

    ReplyDelete
  5. to S.Hajarul Hamraa :-

    Waalaikumsalam w.b.t.

    hehe..

    sama2..semoga ianya adalah ilmiah utk kita semua..

    insyaAllah..

    jazakallahu khairan kathira..

    ReplyDelete
  6. to ukhti syeera :-

    Waalaikumsalam ya ukhti..
    Alhamdulillah ana bikhair..(^_^)

    hehe...

    syukur Alhamdulillah..
    apa yg dikongsi moga sama2 dpt manfaat ye ukhti ye..

    wahh..xsangka nie..
    kata2 yg cukup mendalam dan begitu indah serta baik skali nie..
    Alhamdulillah sronok rase membacanya..

    terima kasih kongsi2 kat komen blog akhi nie ye..hehe

    ***"Don't give up utk mencarinya..huhu"

    hah..kata2 nie..
    wat akhi tersenyum panjang nie..hehe..
    da pandai dia ye..huhu

    apapun ceria2 slalu..
    semoga segalanya dipermudahkan
    insyaAllah...

    (JazaKallahu Khairan Kathira - Thanks a lot)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah~

    Sama-sama
    kongsi pendapat dan sebagainya...

    Sedap je kan..
    Hayati bersama....


    Wanita solehah itu aurat dijaga,
    Pergaulan dipagari,
    Sifat malu pengikat diri,
    Seindah hiasan di dunia ini.

    Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
    Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
    Daya penarik wanita solehah itu,
    Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
    Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
    Bukan dan tidak sama sekali.

    Kepetahan wanita solehah,
    Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
    Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

    Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
    Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
    Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
    Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

    Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
    Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
    Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
    Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
    Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
    Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
    Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
    Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

    Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
    Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
    Bersyukurlah diatas apa yang ada,
    Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama..

    Hah...makin banyak ye post ttg "wanita/muslimah solehah"... Teruskan..

    >>>Don't give up untuk mencarinya..
    Teruskan! Teruskan Istiqomah!

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah...
    syukran2 for share...

    Moga artikel nie dapat renungan bg muslimin n terutama muslimat InsyaAllah...

    Mohon copy yee...

    ReplyDelete
  9. to ukhti syeera :-

    huhu..pandai ya ukhti...

    apapun terima kasih lagi skali atas perkongsian kata2 itu...
    sungguh bermakna dan mendalam...

    boleh menjadikan sebagai satu simpanan sanubari dikala kemurungan ttg sesuatu keadaan yang menjadi keceriaan dikemudian harinya..huhu

    insyaAllah akan akhi cube postkan
    yg menarik utk semuanya nnt..

    hah..peringatan...
    ***Don't give up untuk mencarinya..
    Teruskan! Teruskan Istiqomah!

    yang nie...pandai je dia ye...huhu

    Akhi serahkan pada Yang Maha Esa..
    yakin, yakin dan yakin...hehe

    ReplyDelete
  10. to Qolbiku:-

    Salam ziarah kembali...

    selamat membaca ye ukhti...
    ermm..boleh ambik jer..
    semoga segalanya dipermudahkan
    Allah s.w.t utk kita semua..

    mudah2an ianya baik utk renungan bersama2...(^_^)

    terima kasih singgah disini...

    ReplyDelete
  11. Typhoon in to the uncultured with two backs casinos? inspect this rudimentary [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] manual and pigeon-hole online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
    you can also servicing settled our lively [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] pinched counselling at http://freecasinogames2010.webs.com and overcome honest folding spondulix !
    another additional [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] within an eyelash of is www.ttittancasino.com , because german gamblers, come freed online casino bonus.

    ReplyDelete
  12. KASIH MANUSIA SERING BERMUSIM
    :::::..dari wanita buat wanita..insyallah..:-).........

    Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih
    Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

    1-Kuat agamanya.
    Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

    2-Baik akhlaknya.
    Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

    3-Tegas mempertahankan maruah.
    Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

    4-Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

    5-Tidak boros
    Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

    6-Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

    7-Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

    8-Rakan pergaulannya
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

    9-Bertanggungjawab
    Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

    10-Tenang wajah
    Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

    Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..."



    Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:
    Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:


    1.Apabila engkau sedang solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.
    2.Apabila engkau berada dirumah org lain, maka peliharalalah pandanganmu.
    3.Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
    4.Apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.
    5.Ingatlah kepada Allah.
    6.Lupakan baik budimu kepada org lain.
    7.Lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.
    8.Ingat kepada mati.

    ReplyDelete