Saturday, January 23, 2010

Tokoh : Siapakah Muhammad Bin Idris ??

Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim

Assalamualaikum w.b.t ,

segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam..
yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini..
Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan.

Dikesempatan ini, ingin skali sy berkongsi seorang tokoh, idol, pemimpin kepada kita..

Yang menjadi ikutan sepanjang zaman. Subhanallah..cukup hebat…utk menceritakan kisah hidup beliau ianya tidak cukup utk artikel sekecil ini menceritakannya, dipinjamkan Allah s.w.t. kepada kita, Muhammad Bin Idris yg hidup selama 54 tahun.

Siapakah Muhammad Bin Idris..??ingin skali daku berkongsi sebuah kata2 ini..
Sabda Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.”

(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.) Disahihkan oleh Al-Albani.

Allahuakbar..Allahuakbar…

Jika ditanya kepada orang islam atau anak muda bahkan orang dewasa diluar sana..
Siapakah Muhammad Bin Idris..??

TENTU SKALI MEREKA TIDAK MENGENALINYA…
begitu jua lah pada permulaan sy diperkenalkan..betapa kerdilnya kita, hanya menjadi ikutannya tp tidak mengenali sejarah hidupnya..

Muhammad Bin Idris atau lebih dikenali sebagai Imam As-Syafie dilahirkan sekitar 150H, di Gaza, Palestin. Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.

Beliau adalah antara 4 Mazhab yang besar yg sepatutnya perlu kita ketahui riwayat hidupnya oleh umat islam terutama bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Imam Syafie dapat menghafal Al-Quran sejak kecil lagi sekitar umur 9 tahun.

Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali) berkata Nabi Muhammad s.a.w bersabda Allah s.w.t menghantar kepada umat ini tiap-tiap seratus tahun seorang (Mujaddid) penguat atau pembaharu kepada agama.

Maka Allah telah menghantar khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai Mujaddid untuk seratus tahun yang pertama. Dan aku yakin Imam Syafie adalah Mujaddid untuk seratus tahun yang kedua.


Diberitakan perjuangan utk membuat mazhab ini adalah cukup besar dan pengorbanan yg ditempuh cukup tinggi. Antara seseorang ulama yg hendak mengadakan fahaman atau mazhab perlu mencapai taraf Mujtahid Mutlak Mustahil.

1 - Mujtahid Mutlak Mustahil ini adalah mereka mampu dan berupaya membuat kaedah-kaedah sendiri dan membuat kesimpulan mengenai hukum-hukum fiqh. Mereka memahami al-Quran dan al-Hadis serta berijtihad dengan kemampuan mereka sendiri mengikut kaedah-kaedah yang telah mereka sediakan.

Antara Contoh Mujtahid Mutlak:

Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Shafie dan Imam Hambali. Mereka adalah imam-imam mazhab empat. Mujtahid Mutlak tidak lagi ada pada masa kini.

2 - Antara yang lainnya adalah mereka kena menguasai 15 cabang ilmu dalam islam. Subhanallah..cukup hebat skali.

3 - dan juga diberitakan menguasai paling tidak 6 ratus ribu hadith sahih dan boleh menghuraikannya..Allahuakbar...Subhanallah..

4 - dan sebagainya..

Imam as-Syafie terkenal sebagai seorang yang paling alim di zamannya tentang makna-makna al-Quran, dianggap seorang manusia yang paling tahu tentang isi al-Quran dan sunnah Rasulullah.[1]

Sehingga Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah berkata:

“Kalaulah tidak kerana as-Syafie tidaklah kami mengenali ilmu hadis”.[2]

Berkata Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah dalam mukaddimah syarah dan tahkiknya tentang kitab ar-Risalah yang dihasilkan oleh Imam as-Syafie rahimahullah:

“Jika sekiranya dibolehkan bagi seorang alim bertaqlid dengan seorang alim yang lain, pasti manusia yang lebih layak menurut pendapatku untuk ditaqlid ialah as-Syafie. Sesungguhnya aku (tetapi tidak ghuluw dan keterlaluan) percaya sesungguhnya tidak pernah muncul seorang ulamak Islam seperti lelaki ini dalam pemahaman, pandangan dan ketelitiannya mengambil hukum dari al-Kitab dan sunnah”.[3]

Dan beliau berkata lagi:
“as-Syafie telah memenuhi permukaan bumi ini dengan ilmu”.[4]

Ermm..antara digambarkan sebelum ini..pada zaman beliau bertembungnya dua zaman yg berlainan..antaranya yg menguasai ilmu hadith dan al-quran dengan yg menguasai ilmu akal logic fikiran. Ini ada yang menyebabkan berlakunya peperangan antara 2 fahaman di 2 zaman beliau. Ini menjadikan imam As-Syafie sebagai jambatan diantara 2 zaman tersebut.

Ianya boleh diberitahu Imam As-Syafie adalah sebagai Pejuang Kebenaran di tengah-tengah zaman tersebut.

Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul
fikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum
daripada Al-Quran dan hadis.

Kitab-kitab tersebut ialah:

a.Abtal Al-Istihsan.
b.Ahkam Al-Quran.
c.Ar-Risalah.

memang tidak dapat lagi hendak sy huraikan disini..
cukup besar perjalanan hidup beliau dalam menegakkan kebenaran.
ilmunya meluas menjelajah dari benua Afrika dan ke Asia timur seperti negara kita.
dan imamm syafie adalah ilmunya menjangkau meluas dari mazhab2 yang lain..

kita sebagai umat islam sepatutnya lebih mengenali ulama2 ini didalam hati kita,
dan menjadikan contoh kepimpinan mereka dalam kehidupan seharian kita.
bayangkan sudah beratus2 tahun mereka pergi meninggalkan kita, tetapi ilmunya dijaga Allah s.w.t utk kita merasai dan mendapat panduan yang tidak akan hilang dengan izin Allah s.w.t.

disini disertakan contoh2 buku yang ada dalam pembacaan penulis disini..huhu





p/s:-
- Semoga kita semua tergolong dalam orang2 yg dipelihara Allah s.w.t.
insyaAllah..

Wallhau'alam..

Rujukan2 sumber :-

Buku2:-
-Novel Sejarah Islam - Imam Syafie (Pejuang Kebenaran) oleh Abdul Latif Talib
-Lembaran Hidup Ulama:Warisan Ilmuwan Islam

[1] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[2] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[3] Lihat: الرسالة Hlm. 5. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[4] Lihat: الرسالة Hlm. 7. Tahqiq dan syarah Ahmad.

Website:-

- http://abdullatip.blogspot.com/

- http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/30/wasiat-imam-as-syafie-kepada-ummah-berkenaan-aqidah-fiqh-dan-bid%E2%80%99ah/

- http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=66%20&ShowID=544&MenuID=1&SubMenuID=1&TemplateID=2&EpID=28917&VideoID=29806

2 comments:

  1. [B]NZBsRus.com[/B]
    Dont Bother With Sluggish Downloads Using NZB Downloads You Can Rapidly Search Movies, Games, MP3 Singles, Applications & Download Them at Dashing Rates

    [URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB[/B][/URL]

    ReplyDelete