Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim
Assalamualaikum w.b.t ,
segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam..
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan utk berkongsi disini..
apapun tetiba begitu cepat mengeluarkan post baru kan..huhu
biasanya buat seminggu sekali..tetepi kali nie diberi peluang..
bukan apa..sebenarnya tertarik dgn satu artikel nie..
ditulis oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh..
terasa dimanakah tahap atau level kita dlm melakukan ibadah solat ini..
cukup menarik..
memberi satu peringatan dan berupaya menyuruh kita muhasabah diri kembali..
apakah sempurnakah solat kita itu selepas sempurna dalam bersuci dan berwudhuk..??
wallahu'alam..hanya pada Allah s.w.t kita mohon diterima segala amalan ibadah yg kita lakukan..
insyaAllah..
ermm..tanpa berlengah lagi..mari lah sama2 kita membaca bersama2..
----------------------------------------------------------------------------
Tazkirah Remaja: Solat dan lima jenis manusia
Bersama Mohd Zawawi Yusoh
2009/12/25
SUDAH lama kita bersolat,
tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.
Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)
Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.
* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
* Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
* Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
* Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya,
faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi
solatnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh muhasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.
Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.
Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), melahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
------------------------------------------------------------------------
ermm..teringat seorg shabat berkongsi di iluvislam bab solat ini..
dia berkongsikan sebuah ayat dari surah Ta-Ha..
إِنِي أَنَا اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku. [Surah Ta-Ha 20:14]
berminat lagi dalam tulisannya..ia berkongsi menerusi..
Sumber: 1100 Hadits Terpilih (Sinar Ajaran Muhammad) - Dr. Muhammad Faiz Almath -
diberitakan kepada sy...
Perbanyaklah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sujud sekali Allah akan mengangkatmu satu derajat dan menghapus satu dosamu. (HR. Muslim).
Diberitahukan kepada Nabi Saw bahwa si Fulan shalat semalam suntuk tetapi pada pagi harinya dia mencuri. Lalu beliau menjawab, "Kelak shalatnya akan mencegahnya dari perbuatan mencuri." (HR. Ath-Thahawi)
Allah Maha Besar...
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..
mudah2an..segala2 amalan kita diterima Allah s.w.t.
insyaAllah..mudah2an..
wallahu'alam..sekadar berkongsi..
sekiranya ada kesalahan disini..mohon ditegur ya sahabat2 semua..
maafkan saya..
ceria2 n senyum2 slalu..huhu=)
--------------------------------------------
rujukan sumber2..
1 - http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tazkirah-Remaja_-Solat-dan-lima-jenis-manusia/Article/index_html
2 - Sumber: 1100 Hadits Terpilih (Sinar Ajaran Muhammad) - Dr. Muhammad Faiz Almath -
3 - http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=140&thread_id=21495&pid=357558#post_357558.
4 - Sumber: http://hadith.al-islam.com/bayan/Tree.asp?Lang=IND
5 - http://www.tokeikedai.net.my/alquran/20.html
Friday, January 15, 2010
Solat dan lima jenis manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam. terima kasih memberi tazkeerah ini buat ana.
ReplyDeletebuat ana berfikir semula di mana peringkatnya ana berada.
insyaAllah akan di pertingkatkan kualiti solat ana buat masa akan datang.
Waalaikumsalam..
ReplyDeleteinsyaAllah..sama2..
mudah2an ini dapat membantu kita muhasabah diri kan..
sama jugak permulaan sy baca dan kembali membacanya lagi..
membuatkan sy asyik berfikir..
seperti kata Ukhti_Fadziyah zaira
kne sentiasa meningkatkan kualiti solat itu..
insyaAllah..sama2 berusaha kan..
apapun slamat maju jaya dan berjuang..