Wednesday, January 13, 2010

Perkongsian : “ Masjid itu Hidupku”


Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim

Assalamualaikum w.b.t ,

segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam..
yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini..
Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan.

Ermmm..lama jua tidak ku kabarkan berita disini ye..huhu
Apapun sebelum itu, inginku bersyukur kepada Allah s.w.t segala puji bagiNya…
Terasa setiap saat2 itu cukup hebat atas pemberianNya, Alhamdulillah segala2nya berjalan lancar.

Seperti tanpa kuduga, satu per satu perjuangan ku tempuh dalam meneruskan pemberian Hidup ini, dikira dgn awal tahun 2009 sehingga sekarang,cukup indah, dan sekarang ini daku, diakhir2 wktu belajar di uitm shah alam, selepas hbis praktikal yg lepas..

cukup bermakna..telah ku aturkan masa bekerja dan ibadah dan segala2nya..dan berharap ianya dapat ku istiqamahkan diri ini sehingga segalanya berakhir…

kdg2 tidak dpt ku menahan diri drpada berpisah dgn waktu2 yg telah ku aturkan sebaik2 mungkin, tetapi Allah s.w.t telah memberi perancangan yg terbaik untuk diri ini…insyaAllah..

-------------------------------------------------------------------------

Ermm..teringin jua berkongsi tentang sebuah buku yg menjadi tatapan bacaanku sekarang ini…

Cukup bermakna sekali..seperti tajuknya itu “ Masjid itu Hidupku”.


Gambar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam Selangor

Sebagai seorang lelaki,sudah menjadi tanggungjawab memelihara dan memakmurkan rumah Allah s.w.t ini,

apakah maksud masjid itu ye sahabat..??

disini ada membertahu Masjid berasal drpda perkataan Arab “sa-ja-da” yang bermaksud sujud iaitu

perbuatan di mana umat islam meletakkan dahi yg mulia ke posisi yg paling rendah separas dgn tapak kaki tempat berdiri.

Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t atau rumah Allah (Baitullah).

Ada 3 masjid utama yang paling suci dan dimuliakan dalam islam :-

1. Masjidilharam di Makkah, tempat letaknya Kaabah, kiblah solat umat islam.
2. Masjid Nabawi di Madinah tempat dimakamkan Rasulullah s.a.w.
3. Masjidilaqsa di al-Quds (Jerussalam), Palestin tempat Nabi mikraj (naik ke langit).

Hah..pernah diceritakan juga rekod masjid didunia antaranya ialah kubah masjid terbesar didunia ialah kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam Selangor, Malaysia..huhu..

xsangka kan..pernah direkodkan dulu sebelum diambilalih oleh masjid yg lain pd masa skrg nie… dan juga terkenal sebagai Masjid Terbesar di Asia Tenggara juga tau dgn keluasan 10 hektar..

wahh..memang bertuah rakyat Selangor di shah alam..apapun apabila berada didalam masjid memang diri kita akan berubah, dgn mendapat ketenangan melihat rumah Allah ini, perasaannya cukup hebat wallahu’alam..

Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,[surah An-Nur 24:36]

Ermm..ingin skali ku berkongsi kata2 ttg Masjid dan cinta, daripada Abu Hurairah r.a, Rasullullah s.a.w bersabda:-

Maksudnya: “Secinta-cinta tempat didalam sesuatu negeri di sisi Allah s.w.t. ialah masjid-masjidnya, dan sebenci-benci tempat di dalam sesuatu negeri di sisi Allah s.w.t ialah pasar-pasarnya!” – riwayat muslim.

Jadi marilah kita berjemaah dimasjid, seingat2 daku la, beza org yg beriman atau org yg munafik dgn org yg beriman dan beramal soleh ialah sejauhmana perjalanannya ke rumah2 Allah s.w.t.ermm..setiap sudut di masjid, sentiasa menggamit kerinduan utk bertemu Allah s.w.t.

marilah kita hidupkan mata hati kita dan renungkanlah dgn kaca mata iman pada tempat yg menjadi kecintaan rasullullah s.a.w. dan org2 yg soleh dan solehah ini.

Ermm..cukuplah perkongsian kali ini ye,kerana sy pun belum habis membacanya lagi..huhu

Semoga apa yg dikongsi ini, dapat memberi dan membuka hati kita utk mendekatkan diri di masjid2 ini..apa yg dikongsikan hanyalah sekadar perkongsian disini..jika kita berpeluang, ada masa, sama2lah kita memenuhi ruang2 masa kita dirumah Allah s.w.t. iaitu Masjid atau surau2 ditempat yg berdekatan..

Disini sy bukanlah org yg layak utk memberi perkongsian ini,tetapi bersama2 kita berkongsi. Masjid adalah tempat yg paling Allah s.w.t cinta bg sesuatu kawasan. Masjid juga gedung rahmat Allah s.w.t.

Apapun maaf sekiranya ada kesilapan pada artikel kali ini, maafkan diri ini,sy hanya manusia yg inginkan perkongsian bersama..

Wallahu’alam..

p/s:-

“Manusia akan Berjaya selagi mana dia meletakkan dirinya dalam agama. Sebaliknya manusia akan binasa apabila meletakkan dirinya jauh dan jauh daripada agama”


Buku yg dicadangkan bacalah :- "Masjid itu Hidupku"

sekadar berkongsi....

2 comments:

  1. buku ni best! suka2 ^_^
    dh abes bc nnt leh promote kt org lain plak ;)

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah ye ukhti_Cahaya Pejuang..

    hehe..
    setuju dgn kamu!!!
    betul tue..insyaAllah begitu jugak dgn sy nie...
    apapun..apa yg kita belajar, kita kena amalkan,,barulah begitu bermakna kan..

    insyaAllah..mudah2an segalanya dipermudahkan ye..huhu

    terima kasih ziarah membaca disini..

    wallahu'alam

    ReplyDelete