Tuesday, September 15, 2009

Bicara Hati " Jika Aku..."

Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim
Ya Allah,Yang Maha Besar,Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam,pengatur bumi dan segala isinya.
Ya Allah ku mohon keampunan atas segala apa yg hambamu ini lakukan
Samada yang batin atau yang zahir,yang nyata atau tersembunyi…
Ya Allah, ampunkan jua keluargaku,sanak-saudaraku,sahabat-handaiku dan semua umat islam didunia ini.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Mengetahui bagi tiap2 sesuatu…
Aminn…amin Ya Allah…

Dalam perjalanan hidup kita seharian, ianya byk melatih diri, jiwa , hati , perasaan dan pelbagai lagi…
Ermm..dulu pernah jua sy katakan..
'kdg2 hati sndiri susah nak tafsir diri sendiri, inikan pulak hati org lain'..
Apakah ianya datang kembali berbicara dlm diriku..??

Kata seseorg jangan biarkan hati kita berbicara dgn syaitan, jgn beri pula berbicara pada nafsu,
Tapi balik kepada Pencipta, berilah pada Allah..

“JIKA AKU..”

Ermm..benar skali hatiku ini,
ingin sekali ianya berbicara..tp
Apakan daya perjuanganku nnt,
Siapakah aku padanya..??
Jgnlah engkau diri sendiri merosakkannya..
Andai mahu ianya baik dipenghujungnya..
Engkau kata pada org lain bersabar..
Tp mampukah kau,sedangkan engkau pendam utk bersendirian..??


Ya Allah Ya Waduud...
Jika aku jatuh hati
Izinkan aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya sentiasa pada-Mu
Agar bertambah sayangku pada-Mu

Ya Allah Ya Rahman..
Jika aku merindui
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang hatinya sentiasa merindui kalimah2 suci-Mu
Agar bertambah rinduku pada-Mu

Ya Allah Ya Nuur..
Jika aku jatuh hati
Janganlah membiarkan
Aku mencintainya lebih daripada-Mu..kerana
Hanya cinta-Mu yang kekal abadi

Ya Allah Ya Amin..
Jika aku jatuh hati
Aku serahkan segalanya pada-Mu
Hanya Dikau Yang Maha Mengetahui
Segala yang terbaik untuk hamba-Mu ini..
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin….

Doaku untuk semua....
semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat
dan berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran
yang sememangnya menguji kekuatan iman
kerana tapak iman itulah
yang menemukan semua yang selama ini
telah hilang...
semoga apa yang dicari telah ditemui
semoga Allah meletakkan kita
di bawah payung rahmat Kasih-Nya...Insyaallah

Zaujahku,
Teringat kata2 nie,

“..Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

Zaujahku,
Risau ku padamu cukup tinggi,
Tertanam dlm diriku,
Ingin hidup dgn kamu sehingga kembali ke syurga,
Tp apakan daya,bukan ini masanya..
perjuanganmu dan perjuanganku masih ada lagi..

"“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Zaujahku,
Akan ku pelihara dirimu sebaik2 yg boleh,
Akan kucuba perjuangkan segala kekuatan yg ada,
Akan kubawa kamu kehidupan yg bahagia,

Zaujahku,
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

source: huhu..ada la kot..
p/s: ermm..just utk kita baca jer...hohoho
biarlah ia hilang dalam permainan masa..=D
yang PENTING TRY TO BE A GOOD PERSON..

: malu jgak la sebenarnya nk kuar kan post nie..
tak mcm tuan dia punye blog jer..org lain punye nie..bukan haniff nie..huhu

1 comment:

  1. salam alaik...

    SubhanaAllah...menarik...
    Jika amalkan doa ini, insyaAllah akan ketemu akhi seorang mujahidah solehah... Ameen Ya Rabb

    ReplyDelete