Monday, July 20, 2009

Janganlah Menangis..

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

P/s :
- ada masenye air mata dijadikan penawar dihati dan ada masenye menjadi racun utk kita dan juga pada org lain...
- jadi hati2 la ye..
- jgnlah bersedih taw,don't be sad..dunia nie belum layak utk ditangisi,
kte sentiasa diberi peluang..
- bangkitlah wahai kawan2...
ada perkara yg lebih penting dan amat2 memerlukan kita nnt..
percayalah...

edited by Haniff..hehe( mesti la ada kan..huhu.. )
source : mohd jais ahmad = tmn2 syurga

Senyumlah selalu..Assalamualaikum sume..hehe..

3 comments:

  1. Salam..

    betul tu.. menangis kerna CINTA..??
    jgn la buang air mata, sia2 sje.. memadailah klu menilai diri kita semula dan mengapa cinta itu terputus di tgh jalan.. klu kita cintakan ALLAH, semestinya hati kita yakin dan percaya siapa jodoh yg telah dittpkan oleh ALLAH buat kita.. sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan itu telah tersurat sejak di Loh Mahfuz lg..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam to p3perak..

    hehe...
    betol tue apa yg kamu katakan..

    "Mistakes are painful when they happen.
    But years later collection of mistakes is
    called experience, which leads to success."

    ermm dan lagi...

    "No one can go back and change a bad beginning.
    But anyone can start now create a successful ending."

    kata2 nie bgus utk kita fikirkan...
    tp ada tempatnya jugak ye..hehe

    apapun selamat maju jaya...
    thanks a lots...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk menjawab segala yang tersurat dan tersirat.. nice kata2 tu.. kl xde kehidupan, mustahil kita dapat pengalaman kn..

    teruskan usaha dalam bidang penulisan..

    ReplyDelete