Monday, July 27, 2009

KISAH 4 LILIN.

KISAH 4 LILIN.

Ada 4 lilin yang menyala.

Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Yang pertama berkata:
Aku adalah Damai.
Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!

Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata:
Aku adalah Iman.
Sayang aku tak berguna lagi.
Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:
Aku adalah Cinta
Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.
Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.
Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.

Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga¦

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.

Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata:
Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!

Lalu si anak menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

Jangan takut,
Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

Akulah H A R A P A N

Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!

SOURCE :- forum-KHM

KATA2 UNTUK HARI INI :-

-Kata Hukama'

Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan berada di jalan Dakwah, dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersamanya hati saudaranya. Justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya – Mustafa Masyhur-

P/S:

Cerita ini menggambarkan kehidupan kita yg sentiasa diberi peluang,
peluang utk berjaya, peluang utk berubah, peluang utk memajukan diri dan sebagainya..

HARAPAN disini ada kerana Allah sgt sygkan kita sume..
setiap waktu,masa dan tempat yg ditunjukkan kpd kita..
Alangkah bertuahnya sesiapa yg dpt merasai kenikmatan hidup utk beriman kepada Allah.


kdg2 kita diuji dengan harta benda, cinta akan dunia dan tamak yg teramat dan sebagainya..Adakah kita mengetahui kenapa kita diuji..
teringat post sebelum ini...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

daripada ayat ini menyatakan bahawasanya memang kita tidak akan lari daripada diuji kan..sebaik2 kita yg diuji mesti berkaitan dgn bersabar...dan mesti diberikan HARAPAN jika kte perlu berubah.

pelbagai dugaan dan cubaan diuji. Berjaya atau tidak bukan menjadi ukuran kerana sumenya telah ditentukan. yakinlah pada Allah..sesungguhnya pada Allah kita beriman.
yakinlah..

--------------
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

- "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

- "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Surah Al-Baqarah ayat 45

---------

Mari lah kita berdoa,bermunajat dan mEningkatkan amal kita sempene bulan syaaban dan ramadhan yg kian tiba...
- inilah HARAPAN yg diberi utk kita pada masa ini..
berHARAPlah pada ALLAH...kerna Allah s.w.t sgt sygkan dan rindukan hambanya jua..
sepertimana kita rindu dan cintakan DIA.

-MAAF andai ada kekurangan disini..insyaAllah segala pandapat kamu sume,
sy menerima..selamat MAJU JAYA.

WALLAHUALAM

2 comments:

  1. Salam Ukhuwah..

    Menarik sgt posting ni.. de pengisian.. setuju sgt nape ALLAH S.W.T bg kita ujian..

    "Sesungguhnya ALLAH S.W.T tak akan bg sesuatu musibah klu seseorg hambaNYA tak mampu nak tggung.."

    seharusnya kita bersyukur dgn setiap dugaan yg terjadi kerna ALLAH masih syg kn kita, masih mahu mendengar rintihan kita kpdNYA.. tak rugi pn.. so, jgn lah mudah mengalah dgn segala yg menimpa diri.. pengalaman adalah sebuah pengajaran, yg perlu dihargai dan dinikmati.. harapan adalah sebuah kenyataan!!

    ReplyDelete
  2. Salam ukhwah kembali..

    ermm..terima kasih...

    iyep..selagi kita hidup dan boleh bernafas dimuka bumi nie..
    bermakna Allah sentiasa bgi kita peluang dan harapan utk setiap masa..kan..

    hah..seperti kata "P3PERAK"...
    seharusnya kita bersyukur wlaupun diberi dugaan kerna Allah s.w.t mahu mendgr rintihan kita padaNYA..
    betol2..xrugi pun..

    ermm..thanks coz sudi membaca blog nie ye...hehe..

    ReplyDelete