Tuesday, October 18, 2011

Welcome Back!



Assalamualaikum.

Selamat bertemu kembali, salam ceria. Apa khabar sahabat blogger? Alhamdulillah, dapat juga jari ini klik button Sign In Blogger. Hampir setahun rasanya tak post apa-apa. Maaf,  kepada sahabat-sahabat blogger yang banyak tanya, "kenapa tak dah lama tak update blog". Bukan lupa password ye.. hehe, tapi cuma tiada peluang dan ruang untuk berkongsi. Mungkin tak semeriah dahulu, dapat post macam-macam.  Sekarang ni, dah bina kerjaya, tak macam dulu tengah study, ada la juga masa nak post-post. =)

Sekadar pembuka kata, nak rasmi belog yang sekarang berwajah baru. :) dan nak updatela sikit2, kalau boleh nak juga kongsi ilmu sampai bila-bila. InsyaAllah. Selama hampir setahun tak kongsi cerita, akhi sekarang sudah mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati. Dah lama dah nie ikat, pada 2 Julai 2011. Alhamdulillah. Doakan akhi bahagia sampai akhir hayat. Dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah, majlisnya akan diberitahu. :)

Ila & Haniff

Mungkin ini sahaja yang dapat di coretkan disini serba ringkas. InsyaAllah, next entry will be post soon. Apa-apapun, harap segalanya sahabat-sahabat dalam keadaan baik-baik dan sentiasa berdoa. =) Keep it cool and keep it real.


Kena Interview dulu. Huhu ^____^





2 comments: