Tuesday, July 6, 2010

Kisah Teladan: Menangis Kerana Amalan Solat Kurang Baik..

Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 sekalian ,

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.. yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini.. Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan...

kali ini sebuah kisah teladan "Menangis Kerana Amalan Solat kurang baik" menjadi sebuah tatapan yg menarik utk dibaca bersama..Semoga segalanya memberi manfaat utk diri ini dan kita semua..insyaAllah..^^

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadah- nya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki.”


Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebe- lah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Wallahualam.....

3 comments:

  1. benar...cara sebegini dapat menghadirkan diri kita dalam kekhusyukan solat tu...yela, hati ni kdg2 mudah saje terlalai dgn prkara2 dunia. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. ermm..insyaAllah..mudah2an hati2 kita terpelihara dari perkara2 yg melalaikan..semoga perjuangan yg kita lakukan mendapat keredhaan serta keampunan dari Allah..mohon tunjuk ajar ya sahabat..^^

    ReplyDelete
  3. semoga kite semua mendapat keredaanNya.. thanx for sharing!

    ReplyDelete