Forum Perdana Ehwal Islam
Tajuk :"Pengorbanan Dalam Islam"
Masa : Selepas Solat Isyak
Tarikh : 12 Jun (Sabtu)
Tempat : Dwn Solat Bawah, Masjid Negeri Shah Alam, Selangor
Panel:- Dato' dr Ridhuan Tee Abdullah & Ustaz Wan Sohor Bani Leman
------------------------------------------------------------------------------------
Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim
Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 sekalian ,
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.. yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini.. Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan.
ermmm..ada sahabat,rakan, teman seperjuangan yg juga mahu mengetahui apa yang telah diri ini hadiri di majlis kali ini..maka insyaAllah kita kongsikan apa yg termampu disini ye...
insyaAllah...mudah2an..^^
Inilah antara pengisian yg boleh dikongsi disini..
Subhanallah..Maha Suci Allah...
Alhamdulillah..Bertuah rasanya dapat berpeluang memasuki tmn2 ini, Ilmu Pengisian yang cukup2 baik..terlalu byk yg dibincang dan dikongsikan disana..
Antara Definasi yg menjadi permulaan forum ini, pengertian tentang perkataan...maksud.. atau makna.. "Pengorbanan" itu sendiri..dan yg diceritakan dan diberitakan katanya (Ust Wan Sohor Bani Leman)
Pengorbanan dari bahasa arab ialah "KORBAN"
- KORBAN yg bagaimana disini, ianya cuba diungkaikan dgn maknanya, ialah membiarkan sesuatu milik kita itu MUSNAH kerana Allah s.w.t.
MUSNAH disini memberi erti keduniaan, jiwa raga kita, harta, anak, isteri dan seumpamanya yg MENYERAH DIRI kpd Allah s.w.t dgn sebenar2nya..(AllahuAkbar..maknanya cukup2 mendalam) serta Ust. memberitakan..Allah s.w.t, betul2 beli mereka(yg berjuang/fisabillillah) dan itulah kejayaan yg paling besar..
-Selain itu, makna yg lainnya bermaksud DEKAT..
dekat dgn Allah s.w.t.
Hah..sempat juga pengerusi majlis forum ini mengungkai lagu lama, lagu yg biasa kita dengari, lagu yg juga memberi erti pengorbanan.. lagu yang mampu mengimbau kenangan lama dan maksud yg mendalam skali...
itulah lagu dari Allahyarham P.Ramlee iaitu lagunya berbunyi sebegini huhu..bunyikan skali ye..(nyanyi skali la..ngeh3x) "Berkorban..apa..saja.., harta ataupun..Nyawa.."..huhu
Apakah umat islam skrg memahami, menghayati, meneliti maksud Pengorbanan itu sendiri..?? fikir2kanlah...
-------
huhu...terlalu byk lagi...
-------
Disini, ceritanya juga termasuk membawa kepada permulaan Islam berkembang, Banyak juga ayat2 Al-quran yg dikemukan serta hadith yg menjadi santapan ilmu yg dipersembahkan dan dikongsikan bersama-sama jemaah pada malam itu..
Sempat juga panel2 membawa perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w antaranya kisah Khalifah Abu bakar As-siddiq, yang mana mengisahkan Saidina Abu Bakar, orang yang terlalu banyak melakukan pengorbanan utk islam termasuk dikatakan dlm sebuah kisah dan sirah yg berbunyi begini,
" Wahai Abu Bakar,Apakah yang engkau telah tinggalkan untuk isteri dan anakmu,sedangkan semua dan segala harta engkau telah engkau korbankan/serahkan utk perjuangan islam ini..??"
katanya kembali," Aku tinggalkan pada mereka iaitu Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w untuk anak dan isteriku itu"
AllahuAkbar..
begitu besar pengorbanan Sahabat Rasul ini ketika itu..
itu antara dikatakan Pengorbanan Segalanya termasuk jiwanya,hartanya dan seumpama semuanya...
Juga sempat panel membawa Isu di PALESTIN yang berlaku,
isu di peperangan di Bosnia, di pakistan(kashmir), agenda2 yahudi,eropah,kristian atau erti kata lain orang kafir yg memusuhi islam pada masa dahulu sehingga sekarang ini..
katanya lagi,"Umat ISLAM sekarang LUPA apa ERTI PENGORBANAN"
diselitkan juga kata2 dari Dr Yusof Al-Qadrawi dan para ulama yg lainnya yang menjadikan forum ini bertambah kehangatan yg perlu dipertengahkan lagi serta memberi keinsafan pada jemaah yg hadir disana...
Sempat juga panel(Dr. Riduan Tee Abdullah) membawa kisah HITLER yang mana diceritakan pd kami, katanya..HITLER pernah menyebut begini dalam sebuah buku yg dibacanya,
kata HITLER,"Aku BOLEH bunuh semua orang YAHUDI ini ketika ini, tetapi AKU tinggalkan sedikit untuk kamu untuk kamu mengkajinya"
maknanya disini, mereka(Hitler dan sezaman yg menburu yahudi) memang lebih mengetahui siapa YAHUDI ini sebenarnya sehingga mereka sanggup membunuh YAHUDI ini dgn secara tanpa selindung dengan sebenci2nya..tetapi bagaimana dengan kita sekarang...??
dibawa juga perkongsian pendekatan2 org kafir ini sejak perancangan awal2 mereka lagi..
antaranya ada 5 perancangan dan agendanya dahulu...(cume xbrape nak ingat sumela..maaf ye..) yg sempat diingat hanya 3 stakat ini iaitu:-
- Umat islam perlu dijauhkan dgn Al-quran.
- Kesatuan ISLAM tidak boleh bersatu dalam satu bumbung dan
- Merosakkan wanita-wanita ISLAM.
diakhir Forum ini antara dapat dikongsikan ialah...
- ISLAM mesti/hendaklah bergerak dengan jemaah/ secara berjemaah, ISLAM tidak boleh bergerak dgn sendirian,jika ia bergerak dengan sendirian maka ianya mengatakan sia-sia dan tidak mampu mengerunkan pihak yg lain apatah lagi untuk menunjukkan kekuatan ISLAM pada mereka..disamping itu Ust. memberi sepotong hadis yg kita bisa dengari iaitu
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda; “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah karena kami sedikit pada hari itu?” Nabi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati
musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya: “Apakah ‘wahan’ itu, hai Rasulullah?”. Rasulullah menjawab: “Cinta dunia dan takut mati”. (HR. Abu Daud)..
dan disini Ust telah menerangkan lebih dan menafsirkan hadis ini dgn begitu baik skali..serta banyak lagi yg diberitakan..
(ngeee..insyaAllah akan update nnt kot coz masih cube untuk mengingat..huhu)
Ust Wan Sohor Bani Leman diakhir forum, meninggalkan sepotong hadis juga utk santapan terakhir kami dlm pengertian Pengorbanan harta yg byk dijelaskan didlm Al-quran...iaitu..(maaf xbrape ingat sepenuhnya tetapi beginalah seakan2 yg mahu diberitakan)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Satu dirham telah berjaya mendahului seratus ribu dirham! (Seorang lelaki itu ada 1 dirham dan memberi 1 dirham pada jalan Allah s.w.t, maka dia telah melakukan pengorbanan seluruh jiwa dan hartanya..) Seorang lelaki mempunyai dua keping dirham lalu ia mengambil satu daripadanya untuk disedekahkan (maka dia telah mengorbankan separuh dari harta dan jiwanya) manakala seorang lelaki lain pula (selepasnya) memiliki harta yang banyak, lalu mengeluarkan seratus ribu dirham dan bersedekah dengannya.” (riwayat al-Tirmizi)
disini Ust membuat analogi ttg sedekah kejalan Allah s.w.t,
APAKAH yg DIRASAKAN apabila kita hanya memiliki wang RM10 dan kita sedekah atau wakafkan kesemuanya..pasti JIWA, keimanannya dan perasaannya BERBEZA bagi mereka yg memiliki wang , harta yg banyak dengan sedekah/wakafnya pada nilai yang sama bukan..
dan setiap itu ada huraiannya yg dikongsi dan ditafsirkan...
maka APAKAH SEBENARNYA PENGORBANAN BAGI KITA SEMUA SEKARANG..??
SEJAUHMANAKAH KITA MENGETAHUI PENGORBANAN DALAM ISLAM ITU SENDIRI..??
DAN APAKAH YANG TELAH KITA KORBANKAN UNTUK PERJUANGAN ISLAM DIAKHIR ZAMAN INI..??
FIKIR2KANLAH BERSAMA2...
setakat ini yang mampu dikongsikan pada kalian ketika ini..
insyaAllah, akan perbaiki dari semasa ke semasa..
Wallahu'alam...
p/s:-
Mohon MAAF andai ada kesilapan dan segala kekurangan dlm penulisan kali ini, jika ada, mohon diberitakan secepat mungkin dlm melakukan pembetulan disini nanti ye..insyaAllah...
salam, ana nk mintak izin pakai nama blog enta untuk dijadikan tema boleh? Selebar Senyuman Bersama.syukran.
ReplyDelete