Wednesday, May 12, 2010

Hari-hari Makan Kacang

Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim


Assalamualaikum w.b.t ,

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.. yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini.. Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan. ..Kembali pada seperti biasa, kali ini berkongsi ttg serba sedikit cara hidup Khalifah Umar ibn Abdul Aziz..mari kita hayatinya..insyaAllah..^^


Hari-hari Makan Kacang

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz mempunyai pembantu yang khusus bagi mengurangkan beban isterinya, Fatimah binti Abdul Malik membuat kerja-kerja rumah.

Seperti yang diketahui, Khalifah Umar sangat bersederhana baik dari segi pakaian, hiasan hinggalah ke pemakanan. Oleh kerana sifat zuhudnya, Khalifah Umar kerap menyuruh pembantunya memasak bubur kacang.

Suatu hari, ketika berada di dapur, pembantunya kelihatan resah kerana hampir setiap hari, seluruh isi rumah tersebut hanya berlaukkan bubur kacang. Oleh kerana segan dan malu dengan permaisuri negaranya yang kerap berada di dapur, pembantu ini hanya mampu mendiamkan diri.

Namun, oleh kerana tidak tertahan, maka pembantunya merungut secara perlahan-lahan

"Hari-hari kacang. Kacang, kacang, kacang, kacang. Tidak ada yang lain! Hanya kacang sahaja!"

Rungutan itu didengari oleh Fatimah binti Abdul Malik. Beliau tersenyum sambil berkata

"Wahai anakku. Itu jugalah yang dimakan oleh Amirul Mukmininmu."

Pembantu itu terdiam dan malu untuk berkata-kata lagi. Dia sendiri menyedari akan raja umat Islam itu amat sederhana hidupnya dan tidak bermewah.

Dan akhirnya dia redha akan dirinya sebagai seorang pembantu raja umat Islam yang zuhud dan tawadhuk.

0 comments:

Post a Comment