Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim
Assalamualaikum w.b.t ..
salam perjuangan utk kalian ye..hehe
lama jua xpostkan sesuatu disini..
ermm...sebenarnya sebelum nie bukan xmau post kan...
tp sy terlibat dlm kemalangan kecil semasa hari ke-3 hari raya aidiladha..
rasenye da hampir 2minggu perkara itu berlaku...
syukur alhamdulillah..
masih mampu melihat keindahan alam dgn cukup sempurna dibawah
kekuasaan Allah s.w.t sumenya...
masih mampu berjalan menunaikan ibadah dan pergi menunaikan perjuangan
masih mampu utkku berfikir perkara yg baik dan yg sebaliknya..
syukur Alhamdulillah..
ianya juga memberi dan membuka serta membuatkan daku berfikir akan
kehidupan ini dan seterusnya..huhu
andai ada lautan yg tenang..
tetap juga ada badai yg melanda..
jika kita asyik terkenang..
elok la kuatkan iman didada..
hehe..
musibah yg melanda byk memberi kita peluang..
peluang utk kita belajar..dan terus belajar..
terkenang kata2 ini..
Siapakah orang yang mempunyai manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
ingatlah sahabt kata2 nie..
kita redha dan bersyukur lah...
insyaAllah ketenangan akan lahir dihati..
beristighfar byk2..
Siapakah pula orang yang kaya ye?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
ermm..bersyukur lah..sama2 kita bersyukur...
kitalah antara ciptaan yg terbaik diantara makhluk2 yg baik..
baiklah..xlama lagi kita akan menyambut tahun baru..
bagaimana azam kita ye..?? hehe..
mudah2an ianya sentiasa baik dari semasa ke semasa..
hah..sapa2 yg berkemudahan..
dtg lah ke masjid negeri selangor kat shah alam nnt ye
seingat kita..ada program yg menarik menanti disana
bermula seawal pagi rasenye
pada 17-12-2009 ~ 20-12-2009
huhu
ok la...
--------------------------------------------------------------------------
sementara tue ingin skali daku kongsikan sebuah cerita ttg
Khalifah Umar Al-Khattab..
setelah diselidik dan diteliti ada cerita yg sama dari buku2 yg telahku baca dan
rase kebenarannya..
tp ada juga cerita yg masih dalam pencarian
utk kepastian cerita ini..
apapun ianya sebuah kisah yg menarik utk kita sama2 membacanya..
mudah2an ianya memberi 1 semangat utk kita mengenali sahabat2 nabi,
seperjuangan dgn rasulullah s.a.w..dan yg yg pasti
sahabat nabi yg dijamin syurga..
* Suatu hari, berlaku gempa bumi di Madinah. Sewaktu itu Saidina Umar memegang teraju pemerintahan sebagai Khalifah setelah kematian Saidina Abu Bakar. Ketika bumi sedang bergetar, Saidina Umar menghentakkan tongkatnya ke tanah lalu berkata,
"Wahai bumi, tenanglah kamu. Apakah aku tidak berlaku adil di atasmu?"
Dengan izin Allah, serta-merta gempa bumi terhenti.
* Tentera Islam di bawah pimpinan Amru Al Ash telah berjaya membuka Mesir. Ketika itu berlakulah kemarau panjang hinggakan air Sungai Nil kering. Menurut penduduk di situ, air Sungai Nil akan naik kembali jika dikorbankan seorang anak dara ke dalamnya. Begitulah yang mereka lakukan pada masa-masa yang lalu. Amru menulis kepada Saidina Umar bertanyakan pendapatnya. Saidina Umar menolak sama sekali upacara khurafat tersebut lalu beliau menulis sepucuk surat kepada Sungai Nil yang berbunyi:
"Daripada Amirul Mukminin Umar kepada Sungai Nil di Mesir. Jika kamu mengalirkan airmu dengan kehendakmu sendiri, janganlah kamu mengalir. Tapi jika kamu mengalir dengan kehendak Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa, maka kami memohon kepada Allah Yang Maha Esa dan
Maha Perkasa untuk mengalirkan kamu."
Surat ini dilemparkan oleh Amru ke dalam Sungai Nil. Dengan izin Allah, pada malam itu juga tersembur keluar mata-mata air di sepanjang sungai tersebut hingga penuh sebagaimana yang kita lihat hari ini.
------------------
* Suatu ketika seorang utusan dari Rom (musuh Islam) tiba ke Madinah untuk menyampaikan sesuatu daripada rajanya kepada Khalifah. Dia bertanyakan orang ramai di manakah istana Saidina Umar. Malangnya Saidina Umar tidak ada istana kerana beliau tinggal di sebuah rumah kecil sahaja di padang pasir. Inilah contoh zuhud yang terbaik. Ketika sampai ke tempat Saidina Umar, dilihatnya khalifah sedang tidur sendirian di bawah pokok tamar. Tongkatnya dijadikan bantal. Utusan Rom berasa hairan kerana pemerintah Islam yang sangat digeruni Timur dan Barat itu langsung tidak ada pengawal peribadi.
Dia terfikir inilah saat yang paling sesuai untuk dia berkhidmat kepada rajanya iaitu dengan membunuh Saidina Umar. Dia pun mendekati Saidina Umar denagn pedang yang terhunus.
Tiba-tiba muncul dua ekor singa entah dari mana hendak menerkamnya .
Sang utusan menjerit ketakutan dan pedangnya terlucut menyebabkan Saidina Umar terjaga. Singa-singa tadi hilang begitu saja. Utusan Rom pun menceritakan apa yang terjadi kepada saidina Umar. Akhirnya dia terus memeluk agama Islam.
* Saidina Umar pernah melaung dia atas kubur seorang pemuda,
"Wahai pemuda, bagi orang yang takut kepada Tuhannya, kamu akan mendapat dua syurga."
Suara dari dalam kubur itu menjawab,
"Wahai Umar, Allah telah mengurniakan kepadaku dua syurga."
* Saidina Umar telah mengirim sepasukan tentera di bawah pimpinan Sariyah ke Nahawunda untuk menghadapi tentera Parsi. Dalam peperangan itu, tentera Islam terpukul hebat dan hampir-hampir akan kalah.
Saidina Umar yang ketika itu sedang berkhutbah di masjid telah dibukakan hijab oleh Allah hinggakan dia dapat melihat situasi peperangan tersebut.
Secara spontan Umar menjerit
memerintahkan Sariyah dan tenteranya bertahan di atas sebuah bukit.
Arahannya itu dapat didengar oleh tentera Islam yang jauh ratusan (mungkin ribuan) batu lalu mereka mengubah strategi dan akhirnya mencapai kemenangan.
iyep..ttg kisah umar menjerit semasa berkhutbah cukup menarik..
sehingga org lain yg ketika itu mendgrnya terperanjat akan perbuatan Saidina Umar itu..apapun semuanya dgn izin Allah s.w.t.... =D
Wallahu'alam. .
Source : qaisylaila04@remaja masjid
source yg boleh dicari : khalifah Umar al-khattab by abdul latip talib
editted dan tapisan : haniff
apapun ceria2 n senyum2 slalu..
Salam Perjuangan utk kalian semuanya..
salam..
ReplyDeleteMabruk alaik kerana post ini penuh dengan peringatan walaupun tampak santai sahaja..
apa yg saya dpt dr salah satu kisah yg awak kongsikan. kehebatan sahabat nabi dr segi keimanan n kebergantungan terhadap Allah...
shukran atas perkongsian kisah2 yg mberi tazkirah ini..istafidtu kathiran
semoga kita semua berada dlm kasih sayang dan lindunganNya..
BarakaAllahu fik...
Waalaikumsalam to Farah Imani:
ReplyDeleteterima kasih coz sudi ziarah disini..
iyep setuju dgn kamu..
kehebatan sahabat nabi dalam pegangan agama yg cukup tinggi..
kepercayaan dan mencari kebergantungan terhadap Allah...
mereka jua sahabat yg dijamin syurga bersama2 rasulullah s.a.w..
kita perlu jua mencontohi para sahabat,ilmuwan,ulamak dan segala yg baik utk hidup kita pada masa kini dan selamanya kan..
apapun terima kasih ziarah ye..huhu
semoga segalanya dipermudahkan Allah utk kita semua.
insyaAllah