Wednesday, November 25, 2009

Pesanan untuk DiriKu

Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim

Assalamualaikum w.b.t ..


perkongsian kali ini :-

ayat ini memberi makna yg cukup tinggi utk kita fahami..fikir2 kanlah,

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? [6 : 32]

sahabatku pernah berkata kepadaku :-

apakah kita sudah bersiap sedia..??
apa yg kita hendak berikan alasan pada Allah diakhirat kelak..??
adakah dgn ilmu engineering kita,degree kita, sijil kita..
bahkan itu dunia semata2..
sedangkan umur kita sudah mencapai 1/3 dari umur Rasulullah s.a.w..
dan hampir 1/2 dari umur baginda..

sudahkah al-quran itu kamu fahami n amalkan..??
paling tidak kamu 1/3 atau 1/2 daripadanya..??
seperti mengikut umur kamu..??

sedangkan dunia ini bukanlah permulaannya...
kata sahabatku itu lagi..
haniff kematian adalah permulaan..
kita byk jauh dari apa yg kita lakukan..
byk lagi yg perlu kita perbaiki..
Al-quran n sunah serta hadis rasulullah..
kita carilah dan berkongsilah sebaik2nya..

ermm..bila difikirkan balik..
apa yg telah daku buat sepanjang umur yg diberikan..??
Ya Allah..dekatkanlah hatiku padaMU..
Ya Allah..dekatkanlah diriku dgn para soleh dan org yg beriman..

YA ALLAH, KEPADAMU KAMI BERSERAH DIRI,
KEPADAMU KAMI BERIMAN, KEPADAMU KAMI MENYERAHKAN SEGALA URUSAN,
KEPADAMU KAMI KEMBALI, KEPADAMU KAMI MENGAJUKAN PERKARA DAN
KEPADAMU KAMI MENGAJUKAN TUNTUTAN, AMPUNILAH DOSA KAMI,
BAIK YANG TELAH KAMI LAKUKAN MAHUPUN YANG AKAN KAMI LAKUKAN...
Aminn…amin Ya Allah…

ampunkan dosa2ku Ya Allah...

p/s:-
jagalah diri dan kemuliaan yg diberikan..

--------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
__________________________________________________

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..



Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.
"

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

-----------------------------------------------------------------------------------

10 comments:

  1. sungguh.. ramai yang ingin kembali pada Al-Quran.. namun... terlupa untuk mengisi diri dengan panduan penggunaan Al-Quran yang betul..

    ReplyDelete
  2. sentiasa bersangka baik terhadap smua manusia di muka bumi ini..jgn memandang rendah pada siapa2..mungkin yg zahir kita lihat kedudukannya sgt rendah tapi hakikatnya mrk lebih mulia disisiNya..

    bersiap sedialah menghadapi segala ujian dr Allah swt.. muhasabahlah slalu.sama2 lah kita mencari redhaNya.

    mg kita dikalangan org2 yang terpilih ke syurgaNya.insyaAllah.

    Allah ma'ak ya akhi.

    thanx 4 sharing. =)

    ReplyDelete
  3. to Mohd sShahhabudin Md Yatim:-

    betol tue akhi..
    selagi kita berpeluang hidup didunia ini..selagi itu kita masih berpeluang..

    mudah2an kita diberi taufiq dan hidayah dan dipermudahkan utk mendekatkan diri kepada Allah, al-quran dan segalanya atas kebaikkan..

    mudah2an insyaAllah

    ReplyDelete
  4. to ukhti_Na'ilah:-

    betol tue ukhti..
    bersangka baik terhadap sume perkara..seperti kata2 dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani...

    mudah2an ye ukhti_Na'ilah
    kita dikalangan yg terpilih itu..

    terima kasih ukhti_Na'ilah..
    terima kasih byk2..huhu

    sama2...=D

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

    Teruskan berdakwah,
    Teruskan thabat &
    Teruskan Istiqomah..

    Lama x dgr cite akhi..
    cm ne keadaan?
    Erm...lama x kuiz..huhu
    Ana x mampu nk on9 lg, jika de kesempatan ana on9 ye dgn izin-Nya.

    erm...smga segala urusan dpermudahkan di dunia dan di akhirat,Ameen.
    Mudah2an, InsyaAllah..

    Blog ana 2 sebenarnye nk tutup, tp x sangka lak ada juga yg sudi bertandang..
    hehe..

    Sentiasa doakan utk kite ye..
    Ok, ilal liqa'...wassalam

    ReplyDelete
  6. to ukhti_syeera :-

    Waalaikumsalam Warahmatullah Wabarakatuh.

    hehe..
    terima kasih ya ukhti..
    akhi alhamdulillah syukur baik2 jer..
    hah..nk kuiz ke..?? hehe

    insyaAllah..
    ada peluang akhi kongsikan ye..
    ermm..xdpt on9 n xdpt nk update blog lagi ye..

    klau mcmtue..jga diri kamu tue elok2 tau..
    tahun depan ada exam besar kan..
    hah..blaja elok2..
    nnt bile ukhti_syeera da jauhh..pergi..
    akhi nk dgr..

    hah..itulah dia..
    Ustazah_syeera..!!hehe

    insyaAllah..
    mudah2an...
    byk lagi peluang n masa tue ye..
    wat yg terbaik..

    apapun ceria2 slalu n senyum2 slalu..

    Ok baiklah ukhti..
    ilal liqa'...

    wassalam..

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..

    terima kasih atas ziarah akhi haniff..

    kite dh nk pergi, pergi terlalu jauh..

    akhi doakan ye utk kite smga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat.

    bljr kerna Allah..

    kite xde ni, selalu2 la ye ziarah kat blog kite.. smga mendapat sedikit manfaat.

    Smga Allah redha..
    jika de umur yg panjang, smga kite bertemu lg, insyaAllah..

    massalamah wa ilal liqa'..
    wa'alaikumsalam warahmatullah..

    salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  8. peringatn bt diri ini jg

    BERKAH HIDUP DALAM MEMBERI~

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah ukhti_syeera..

    da nk pergi jauh da ye..??

    nk teruskan perjuangan kan..
    blaja la elok2 ye ukhti..

    jadilah sekuntum mawar yg hebat serta dipagari duri yg hebat jua utk menjaga keindahan akhlak dirimu itu..

    ermm..seperti kata yg hebat utk wanita

    seindah2 perhiasan didunia ini,
    adalah wanita solehah..

    wahh..hebat2 kata2 nie..hehe

    insyaAllah..nnt ada peluang akhi
    singgah lagi blog ukhti ye..

    massalamah wa ilal liqa'.

    salam ukhuwah salam perjuangan..

    ceria2 n senyum2 slalu tau..

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah to ukhti NurAzila Yahya

    terima kasih ye kamu..

    slamat singgah disini..

    dikabarkan dpt first class kan..

    tahniah diucapkan...

    syukur alhamdulillah..huhu

    apapun betol kata kamu tue

    "BERKAH HIDUP DALAM MEMBERI~"

    terima kasih berkongsi..

    Salam perjuangan..

    ceria2 n senyum2 slalu...

    ReplyDelete