Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim
Assalamualaikum w.b.t ,
hai sume...rase2nye klau korang student or yg tgh blaja tue..
hujung2 sem nie sume da nk mula final exam kan...
anyway..harap2 korang leh luangkan masa membca blog nie ye...
Hah..ttg tajuk kali nie..6 Rukun Usrah, mari kita belajar serba sedikit ttg rukun nie ye..
biasanya kita pernah tau n dgr..but mybe kte xpernah membacanya..betol tak..huhu
--------------------
6 rukun usrah
Bukan rukun usrah, tetapi rukun ukhuwwah. Tetapi tetap boleh diaplikasikan dalam pengendalian halaqah, kerana usrah itu memang berkait rapat dengan ukhuwwah Imaniah.
ermm..kat sini ada gambar susunan utk kamu sume huhu
right-klik utk besarkan ye
1. Ta'aruf
Tidak sekadar mengenal dari aspek luaran semata-mata, atau mengenal perkara yang terlalu asas. Sewajarnya sifat-sifat yang terbenam di dalam diri seorang sahabat turut diambil kira, demi memastikan bahawa silaturrahim yang terjalin berpanjangan. Selain itu, proses pertama ini begitu penting dalam usaha untuk menghargai bakat, kelebihan dan keistimewaan seseorang individu. Ingat, proses ini sepatutnya berlaku secara berterusan.
2. Ta'aluf
Wujud kesatuan di antara seorang individu dengan individu yang lain. Terdapat bermacam wahana yang akan mengikat hati-hati sesama umat manusia, namun semestinya wadah terbaik ialah kesatuan akidah. Apabila jiwa-jiwa ini menyatu lantaran ketundukan terhadap Allah Azzawajalla, maka segala kepentingan duniawi akan diketepikan. Aspek ini juga menjadi pembeza antara ukhuwwah Islamiah dan ukhuwwah jahiliah.
3. Tafahum
Peri-penting untuk kita saling memahami antara satu sama lain demi merealisasikan suatu perhubungan yang kaya dengan nilai toleransi. Hakikatnya bahawa manusia ini diciptakan dengan bermacam ragam dan tanpa usaha untuk mensikapi kekhilafan ini secara positif, hubungan tersebut bakal lenyap. Tafahum turut berperanan untuk mewujudkan rasa kecintaan antara sahabat semata-mata atas nama rindukan Tuhan.
4. Tafaqud
Menghulurkan pertolongan kepada rakan tanpa perlu tunggu diminta. Teman yang sejati ialah kawan yang senantiasa peka akan keperluan individu-individu di sekelilingnya. Paling utama, bantuan tersebut dihulurkan tanpa mengharapkan sebarang balasan dari segi material. Memadai sudah rasa kasih sayang yang akan menjadi semakin utuh. Sebagai sahabat dunia dan akhirat, pengorbanan itulah yang menjadi taruhan untuk kita bersua di Jannah kelak.
5. Ta'awwun
Tidak jenuh/jemu untuk membantu dalam perkara-perkara yang mampu untuk meningkatkan keimanan dan tidak sekali-kali menolong dalam perlakuan mungkar. Rakan yang setia ialah seseorang yang mampu untuk mendekatkan diri dan teman-temannya dengan Allah Ta'ala. Apabila berada hampir dengannya, kalbu terasa tenang, jiwa terasa lapang dan hati nantiasa mengharap maghfirah Tuhan.
6. Tanashur
Inilah kemuncak ukhuwwah, yakni kesetiaan atas dasar ketaatan terhadap Allah Azzawajalla semata-mata. Segenap jiwa dan raga dikorbankan, ithar (melebihkan keperluan sahabat berbanding hak diri sendiri) diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Di sinilah termaktubnya kesetiaan Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah Solallahu 'alaihi wassalam. Pendek kata, persahabatan yang terbina itu seakan-akan menjanjikan rahmat dan berkat dalam nikmat beragama.
Rujukan untuk pengisian ini ialah kitab Merajut Benang Ukhuwwah Islamiah hasil karangan Ali Abdul Hamid Mahmud. Allahu Ta'ala a'lam.
p/s:
-sememangnya hati yg jujur dan penuh keikhlasan akan membentuk kepercayaan yg boleh mengeratkan hubungan antara sahabat kepada sahabat yg lain..
- semoga ianya dpt menjadi panduan kepada diri dan juga kepada kita sume.
- hah..klau2 korang wat apa2 program..boleh la manjadikan ini sebagai satu modul
utk mengeratkan silaturrahim kan..
-apapun sekiranya perhubungan sy dan kalian ada serba kekurangan..maafkan sy ye..
lgpun kebykkan kita xpernah bersua..apatah lagi utk menjadi sahabat yg rapat..
-semoga kita sume mendpt keredhaan dari Allah yg Maha Mengetahui akan perihal hambanya.
source asal : dari sahabat Dani Syarif (kenalan dari krew iluvislam..dpt jugak jmpe dia..huhu)
editted : ME (Haniff)
- Ceria2 slalu ye sume...
Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abadaa.. :)
ReplyDeleteCeria-ceria selalu ^_^