Wednesday, September 9, 2009
Nak Isteri Solehah ^_^
"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan
"Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.
"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi…."
"Kenapa?" dia pula tersenyum.
"Belum dapat yng solehah?" saya terus mengusik.
"Saya dah 28
tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni."
"Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".
"Kalau tak jumpa, macam mana?"
"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"
"Apa syaratnya?"
"Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat,
taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."
"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.
UKUR TAKWA
"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa," katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.
"Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah,
isteri yg bertakwa!"
"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.
ADA CARA
LAIN
"Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"
"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita".
"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi"
"Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."
LEBIH TEPAT
"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang laindulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."
TERLALU IDEAL
"Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?"
"Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok gak tu!Serampang dua mata,"katanya.
"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana."
"Maksudnya?"
"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu 'on going process'(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."
MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
"Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam
mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."
"Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?"
"Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…."
"Oh saya faham"
" Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!"
"Alhamdulillah… saya harap jodoh
saya akan tiba nanti."
"Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."
Mudah2an segalanya dipermudahkan Allah bagi kita sume..
insyaAllah..risau jgak ye..huhu
( Haniff jgn risau..yakin..yakin..dan yakin…hehe, cewahh..byk la citer dia ye, walaupun dikala sunyi ku pasti yakin pada ketentuan yg tiba, wahai Zaujahku.. disaat ku tidak mengenali dirimu..tp akan ku bersiap sedia utk diriku kerna ku tau dikau ada utkku..ecececeh!!!!udah2 g study tue…hahaha )
Eh..ape nie..selesaikan tanggunjwbmu dulu ye haniff..huhu!!!!
"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa2 yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)
...selaraskan niat dgn syara'…wallahua'lam..
Source : iluvislam by im koyube rasenye..huhu
Post n edited by : me la..sape lagi..huhu jgn gelak ye..senyum n ceria2 xpe..!!
Salam ziarah, haniff...
ReplyDeletex salah la kalau kita doa cm2.. jodoh x dtg berguling dan bergolek, yg pasti dan hakiki, ini adalah janji ALLAH S.W.T kpd hambaNYA.. setiap yg hidup itu berpasangan.. dan yang hidup itu juga telah ditentukan pasangannya..
cuma kita perlulah sentiasa berdoa dan berusaha untuk matlamat tersebut.. namun, semua kentetuan itu telah tertulis wt kita..
Pertemuan..
Menghadiahkan kita kasih sayang,
Jika cinta satu pasti bertemu,
Ia tidak ternilai,
Kerna antara hati kita tiada sempadannya lagi,
Yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi,
Kita berpisah hanya sementara,
Kerna pertemuan bukan milik kita,
Jasad dan suara berjauhan senantiasa,
Namun itulah cinta abadi di antara kita,
Biar berpisah selalu derita,
Kerna syurga menagih ujian,
Sedang neraka dipagari oleh nikmat,
Bertemu tidak jemu,
Berpisah tidak gelisah,
Ya ALLAH,
Gembirakan kami dengan redhaMu.
Allahu Rabbi aku minta izin
ReplyDeleteBila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amin !
Salam Ziarah kembali..
ReplyDeleteterima kasih kerna membaca ye..huhu
post kali nie mengingatkan lelaki..
jgn menilai dan terlalu ideal utk mendapat yg terbaik..
sebelum menilai seseorg pelulah menilai diri sendiri kan..
ermm..sebenarnya nie terbaca dari post yg lama2 dulu..huhu
lagipun lambat lagi nk fikirkan tentang nie..
yg penting tentang pembinaan diri, adakah sudah baik dan bterusan..jika belum..perkasakan akhlak,diri dgn ilmu dan segala yg perlu dicukupi..huhu
terima kasih kerna membaca dan komen tue..hehe
alia tersenyum n tergelak jugak baca komen haniff yg kt bawah skali tuh..huhu!
ReplyDeletedah2..g wat final year pr0ject tuh!!hehe
hehe..ooo..ada jugak yg tersenyum sambil bergembira ye baca komen nie...bkn tue jer..siap kata tergelak ye..hohoho
ReplyDeletexpe2..itu salah satu objektif 4 tis post (ceria sambil dpt ilmu )..huhu
ermm..baik2...final year project
(wat lepas raya la...hohoho)