Saturday, September 26, 2009

AL-KISAHNYA : Keikhlasan

Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim

Assalamualaikum w.b.t ,

Segala puji Bagi Allah,tuhan Semesta Alam..

hah..apa kabar kalian sume..??

wahh..bukan main beraya lagi ye...huhu
apapun diharapkan kalian sume dalam keadaan sihat dan ceria2 slalu..
hah..mula2..igtkan nk postkan memory di Aidilfitri..
tup tap tup tap..xyah la..wat segan jer...hehe



korang dpt duit raya tak..wahh..mesti hebat2 kan masing2..
sy..??rahsia kerajaan..da besar mane de kan(cewahh..belajar lagi tau)
bahkan anak2 buah yg minta ada la...wekk..
(korang tggu la tahun depan..nah ambik coklat n gula2 nie..main jauh2)"kataku pada mereka..hehe



hah..yg nie pic dgn Muhammad Daniel Haris..hehe
sempat jgak la..bersama2 dgn baby kecik nie..hoho..
da besar nnt..siap la dia nnt..
(cepat2 urut pak su...nnt pak su bgtau sebuah cerita ye..hehe)

apapun klau2 nk tgk pic..korang leh tgk kat fs ye...hehe

ermm..utk kali nie mgkin ada yg pernah baca artikel nie..
apapun korang hayati la ye..sebagai refresh kembali masa lalu..hohoho:-

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

AL-KISAHNYA. ....

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu, sambil membaca buku cerita. Sedang dia makan, dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.

Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku. dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar....

Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ?? Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

p/s:-

Pengajaran dr cerita....
# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya

-belajar lah erti keikhlasan..kata dari sahabat dan kenalanku
keikhlasan itu ibarat semut hitam yg bergerak diatas batu pada waktu malam..

-kadang2 itulah kehidupan,yang mana hati kita sentiasa bertanya dan berkata2, jagalah hati kita,sesungguhnya ia adalah ibarat raja dalam diri kita, sekiranya baik, baiklah jadinya,sekiranya buruk, buruklah jadinya.-MHI~

"Manusia berkehendak kepada ilmu umpama ia berkehendak kepada roti dan air."
-Imam AHmad bin Hanbal~

hah..da baca da kamu sume..
nnt tinggalkan komen or ada yg terus tinggalkan kat ym lagi tue...huhu..boleh la..
Ceria2 slalu..~
lgipun lelaki suka berkongsi kan...(dlm cerita nie kongsi biskut..hehe)

Source: klau xsilap artikel lama nie dari KMH

edited: diubahsuai oleh - mranip1086..hehe

5 comments:

  1. salam.
    pernah dgr jugak crita nie..tp xingat dh kt mane..
    e2la..manusia kadang kala cepat sgt buruk sangka. s0..setiap kali terasa hati nie nk berburuk sangka pada sese0rang..istighfarlah banyak2 kan.

    p/s:kebetulan je yg xkisah berkongsi dlm crita nie..lelaki. realitinye opposite kn? hehehehe!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam aliah..

    betol tue..manusia slalu tersalah menilai sesuatu kan..
    sedangkan ianya amalan yg baik utk kita..

    sy sokong..perbykkan istighfar..

    p/s:-
    hah..tengok tue..da tersalah menilai da tue..realitinye lelaki & perempuan xsume mcmtue kan..betol tak aliah..huhu..
    sumenya baik2..hohoho

    ReplyDelete
  3. salam...cite ni cam familiar tapi tu la...kena ikhlas.susah nak ikhlaskan diri tu tapi bile kita ikhlas ni kita akan rasa lapang hati dan akan jadi lebih pemurah, dekat dgn allah insyaallah

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam ain..

    ermm..betol2..sokong2..hehe

    pandai la korang sume..
    sama2 kita perbaiki diri kita ye..hehe

    semoga hati dan kehidupan kita menjadi lebih baik dan mencapai apa yg sebenarnya patut kita capai..+_+

    ReplyDelete