Monday, July 13, 2009

2 Cerita lain Tp Maksud berbeza..hehe..

Kisah Benar Seorang Tan Sri

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi
negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30
tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang
bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham
syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji
yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik
orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ........ ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

Source : From Emel
Source2: skynett8 di KMH

----------------------------------------------------------------------

Cerite Duet~


Pada suatu hari, terjadilah perbualan antara duet singgit ngn duet 50 hinggit….





Singgit : salam bro! ko per cer? Lame x nmpk?? gi mner??

50hinggit : wassalam…emm..ak merate gi..konsert af, klcc, kfc,gi stadium tgk bola, cc,lepak times square..tmpt2 cmtu r..ko? lg jrg nmpk ko? Mne ko slalu lepak?

Singgit : hmm..ak mcm biase r(slow jer jwb)mcm nie jer..xde tmpt len..SURAU..MASJID..SURAU~

~~~pikir-pikirkan lah~~~

p/s: terkene batang hdung sndri sbnrnyer..huhu..xpe2..rjin2lah brubah...salam~

singgit : kdg2 jmpe jgak kwn 5inggit..huhu nasib baik dia backup aku..

50inggit : iye ke...aku pun ada kwn..100inggit..rupe2nye aku dgn dia slalu lalai lor..aduh..taubat2...!!!

hehe..duk tmbah sikit2 jer..:D

======

source:
cerita duit nie ada dlm KHM rasenye but sy ada ambik dari blog mane ntah..huhu
apapun da minta izin kat dia..hehe...
cerita nie ada ubah sikit taw..huhu..

senyum slalu...

3 comments:

  1. hehehehe..
    teraser gak..
    samelah kite yer..
    tp tang duit 100 ngn 50 tu setakat ni lom penah bawak g tgok konsert..
    ngeee
    apepon..
    nice story pak cik anip!!hee

    ReplyDelete
  2. huhu...
    terasa gak ye...
    isk2...marilah kte berubah..(cewahh)

    apapun terima kasih kerna m'baca ye..hehe

    ReplyDelete