Thursday, June 25, 2009

Mari Belajar : Bacaan sujud sahwi

Ada ramai diantara kita masih tertanya2 mcmane dan apa itu SUJUD SAHWI.

disini sy inginkan share beberapa maklumat kpd sume kwn2.

sekiranya ada kekurangan diharap dapat dikongsi bersama dan maafkan sy..hehe
apapun ada pandangan dari pelbagai ulama terhadap perkara ini.
sy akan cube mencari utk kebaikkan bersama insyaAllah...



Ertinya:
“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa”

Penjelasan Sujud Sahwi:

Sahwi bererti lupa. Oleh itu, Sujud Sahwi ialah sujud yang dilakukan kerana terlupa sesuatu ketika berada di dalam sembahyang.

Contohnya menurut Mazhab Syafie, apabila kita terlupa membaca tasyahhud pertama atau duduk tahiyat awal (selepas dua sujud dalam rakaat kedua), maka kita hendaklah mengerjakan Sujud Sahwi.

Ini kerana tasyahhud awal dalam Mazhab Syafie adalah sunat muakkad atau sunat yang sangat penting, bersandarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

Daripada Abdullah bin Buhainah:
“Nabi s.a.w. menunaikan sembahyang. Kemudian baginda terus berdiri selepas rakaat kedua (tidak duduk tahiyat awal). Para sahabat mengucapkan tasbih untuk mengingatkan Baginda, tetapi Baginda tetap meneruskan solatnya. Ketika akhir solatnya, Baginda sujud dua kali, kemudian salam.”

Sebuah hadis lagi yang diceritakan oleh Abdullah bin Buhainah juga bahawa Rasulullah s.a.w. solat Zuhur bersama mereka, Baginda terus berdiri setelah dua rakaat pertama dan tidak duduk untuk tahiyat awal. Para jemaah pun tetap mengikuti Baginda sampai selesai menyempurnakan solat. Ketika orang ramai menunggu salamnya. Baginda malah bertakbir, padahal Baginda dalam keadaan duduk (tasyahud akhir), setelah itu Baginda sujud dua kali, kemudian salam. (Muttafaq `alaih)

Sujud Sahwi juga dikerjakan apabila di dalam solat kita merasa ragu tentang jumlah rakaat yang dikerjakan, sama ada terlebih atau terkurang.

Ia berdasarkan hadis yang dibawa oleh Said al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jika seseorang di antara kamu merasa ragu dalam solatnya, dan ia tidak pasti berapa rakaat yang telah dikerjakannya, tiga atau empat rakaat. Maka buanglah keraguan itu dan tetapkanlah mana yang lebih diyakininya. Kemudian sujudlah dua kali sebelum salam.”

Baginda s.a.w. juga pernah bersabda :
“Apabila seseorang itu merasa lebih atau kurang rakaatnya dalam sembahyang, hendaklah ia sujud dua kali.”
Sujud ini hukumnya sunat iaitu jika tidak dilakukan tidak batal sembahyangnya.
Jelaslah di sini bahawa Sujud Sahwi dilakukan selepas tahiyat akhir dan sebelum salam.


Hal yang sama turut ditegaskan daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi).” (Riwayat Ahmad)

1 comment: