Thursday, February 11, 2010

Renungan Bersama : BerSabarlah

Jangan mencaci sesama kita



Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim

Assalamualaikum w.b.t ,

segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam..
yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini..
Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan.

ermm..rasenya masa semakin cepat berlalu dan pergi..sedangkan kita diberi masa yg cukup dan sama rata sesama manusia akan 24 jam itu berlaku, hanya mereka yg berjaya menyusunkan perjalanan dan pembahagian masa yg bertuah merasai waktu2 yg akan dilalui dan yg sudah dilaluinya itu..huhu

langkah demi langkah akanku lalui kini, semuanya akan membentuk masa akan dtg..
ku harap apa yg sudah tercatit dan ku bermohon diberi kekuatan utk teruskan dan bertambah dlm menjalani kehidupan sebagai seorg muslim didunia ini.

teringin skali daku berkongsi sebuah artikel yg menarik minatku, "jgn mencaci sesama kita".
apa yg berlaku dimasyarakat kita skrg ini adalah bertentang dgn tajuk itu, apapun kesabaran menjadi kemanisan dan tajuk utama dlm asam garam kehidupan kita didunia.

marilah kita mengambil masa ini utk membaca dan meneliti sebuah kisah yg sy kongsikan sebagai santapan rohani kita..insyaAllah..mudah2an kan..wallahu'alam

===============

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum.

Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

===========

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

p/s :-

- Bersabarlah kerna sabar itu adalah sebahagian daripada iman..
jika baik dan banyaknya sabar kita, maka baik dan banyaklah iman didada kita,
sesungguhnya diberitakan kepadaku sabar dan iman itu ibarat kedudukan kepala dengan jasad, jika tidak ada sabar maka hilanglah kepala dan tiadalah iman itu sendiri dapat membantu kerna kepala tanpa jasad adalah mati.

wallahu'alam..

sekadar berkongsi..

2 comments:

  1. Salam ya akhi...

    Lama tak menjengah ke teratak akhi. Emh, ana bakal privatekan blog ana, minta emeil ea, ana nak kekalkan sahabat2 yg ana pernah bersua kata di laman komen, moga ukhwah fillillah ini diberkatiNYA..

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah kembali.

    Orang kata, sabar sebenar kita terlihat pada reaksi pertama ditipa masalah/musibah.

    Perkongsian yang cantik.

    ReplyDelete